News Highlight
PIALA MALAYSIA PENANDA ARAS USM FC
PULAU PINANG, 3 Feb – USM FC melihat cabaran untuk menempah tiket ke Piala Malaysia adalah penanda aras hala tuju... Read more
BUKU KECIL BANTU MASYARAKAT FAHAMI UBAT GENERIK

PULAU PINANG, 2 Feb – Jika dilihat pada saiznya, buku bertajuk ‘Apakah Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Generik’ mungkin... Read more
CLEAN ROOM TEPATI SYARAT ANTARABANGSA

KUBANG KERIAN, 29 Jan – Pelaksanaan bilik bersih (Clean Room) bagi pemprosesan tisu di Bank Tisu, Universiti Sains Malaysia (USM)... Read more
NC SAMPAI SUMBANGAN KEPADA PESAKIT

KUBANG KERIAN, 29 Jan - Afifi Adnan, 5, yang kini dirawat di Wad 6 Utara Onkologi, Hospital Universiti Sains Malaysia... Read more
USM KOMITED BANTU NEGARA PALESTIN, PERKUKUH JENAMA DI INDIA

KUBANG KERIAN, 29 Jan - Universiti Sains Malaysia (USM) komited membantu negara Palestin dalam membangunkan semula struktur sosial negara itu. Naib... Read more
USM Updates
HEBAHAN AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SECARA E_DAFTAR (13-19 FEB 2012) SEM. 2, S.A. 2011/12.
Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana universiti lain di dunia asalkan ilmu yang tersimpan didalamnya dapat dikongsi bersama dengan masyarakat di luar sana.
Menurut Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman, status sesebuah universiti, terutamanya yang disifatkan masih ‘muda’ bukanlah penghalang bagi USM kerana bagi beliau, setiap universiti mempunyai tenaga akademik yang ada kepakaran tersendiri.
‘Sebelum ini USM juga pernah bekerjasama dengan beberapa universiti di Laos dan Kemboja, menerusi beberapa program pertukaran pelajar dan kajian tentang bidang pendidikan dan penyelidikan,’ katanya selepas menandatangani satu lagi perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei.
Dalam majlis yang sama, Rektor UNISSA, Dr. Haji Serbini Hj. Matahir@Md Tahir turut menyifatkan keterbukaan USM melalui Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) menjalinkan kerjasama dengan UNISSA dalam bidang Pengajian Islam sebagai salah satu ‘kekuatan ilmiah’ yang telah disebut dalam Al-Quran.
‘Islam dan Sains adalah punca ilmu kepada masyarakat sejagat. Tanpa salah satunya, hidup pasti sukar dan payah dimengerti. Justeru, perjanjian yang dijalin ini diharap dapat memantapkan ilmu yang tersedia dipelajari dan dimanfaatkan sebaiknya serta diperkembangkan lagi ke seluruh pelusuk dunia,’ katanya.
Tambahnya lagi, dengan usia UNISSA yang baru mencecah 4 tahun, beliau amat berharap USM dapat mencurahkan pengalamannya supaya satu hari nanti mereka sama-sama dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Perjanjian persefahaman yang dimeterai itu turut ditandatangani oleh Omar dan Dekan PPIK, Prof. Dato’ Abu Talib Ahmad sebagai saksi bagi pihak USM dan Hj. Serbini serta Datin Dr. Hajah Mariah Pehin Datu Pekerma bagi pihak UNISSA. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Prof. Aziz Tajuddin, Pengarah Kampus Kejuruteraan dan Prof. Madya Nasirun Hj. Salleh, Pengarah Pusat Islam USM.
Pemberitahuan Perubahan Pusat Peperiksaan dan Senarai Pusat Peperiksaan Rancangan Pengajian Jarak Jauh bagi Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2010/2011 Permohonan Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda (penuh masa) Sidang Akademik 2011/2012.
Academic Calendar 2011/2012
Events @USM
| No events |














